Definisi Bangunan
Mengikut Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan. Bahagian 1, Seksyen 3,
" Bangunan termasuklah rumah, pondok, bangsal atau kepungan beratap, samada digunakan untuk
kediaman atau selainnya dan apa-apa juga tembok, pagar, pelantar, pentas, papan dinding, tempat
lancer, limbungan, dermaga, tembok sambut, jeti, pentas mendarat atau jambatan atau apa-apa
binaan atau asas yanag berkaitan dengan yang tersebut di atas."
Mendirikan bangunan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Majlis adalah menjadi satu kesalahan
dan boleh didenda sebanyak 10 kali ganda bayaran memproses pelan (AKTA 133, AKTA JALAN, PARIT
DAN BANGUNAN 1976, SEKSYEN (70) SUB 13 & 14)
Atau
Merobohkan bangunan terbabit dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak Majlis (AKTA 133, AKTA
JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1976, SEKSYEN (72) SUB 1(b))
Ubahan tambahan adalah pembangunan yang melibatkan memecah atau membina sekurang-kurangnya
sebatang tiang atau satu dinding.
Mengikut Seksyen 147(1) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, tindakan yang akan dikenakan jika
tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut adalah:
Notis berdenda dalam Borang E akan dikeluarkan supaya anda menjelaskan tunggakan dalam tempoh 15
hari. Denda yang dikenakan adalah sebagaimana berikut:
Sekiranya dalam tempoh 15 hari, anda masih gagal menjelaskan tunggakan, waran tahanan dalam
(Borang F) beserta dengan bayaran waran tahanan dikeluarkan seperti berikut:
Pengeluaran waran akan membolehkan Majlis Perbandaran Kulai untuk:
Membuat inventori senarai dalam Borang G mengenai segala harta alih yang ditahan dalam
harta/premis senilai dengan jumlah tunggakan cukai. Sekiranya dalam tempoh 7 hari tunggakan
tidak dijelaskan, harta akan disita dan dijual melalui lelongan awam.
Sekiranya jumlah tunggakan melebihi nilai harta alih, Borang H akan ditampal di suatu tempat yang
mudah dilihat pada harta dan tindakan sivil di Mahkamah untuk mendapatkan perintah jualan akan
diteruskan.
Tindakan Melalui Peguam
Tindakan Mahkamah untuk melelong harta tak alih berdasarkan peruntukan Seksyen 151 Akta 171 akan
dijalankan oleh Peguam Panel majlis. Segala kos guaman dan kos tindakan akan ditanggung
sepenuhnya oleh pemilik, dan dituntut sebahagian dari tunggakan (Seksyen 152).
Pindah Milik Harta
Menurut Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu mengenai Notis, Akta 171 mengenai
pindahmilik pegangan-pegangan berkadar.
- Seksyen 160(1), apabila sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa
tempatan dijual atau dipindahmilik maka adalah menjadi kewajipan penjual atau pemindahmilik
dan pembeli atau penerima pindahmilik dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindahmilik
itu memberi notis mengenainya kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam Borang I dalam Jadual
Pertama kepda Akta ini.
- Seksyen 160(2), apabila pemunya sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak
berkuasa tempatan mati, maka adalah menjadi kewajipan orang yang menjadi pemunyanya melalui
waris atau selainnya memberi notis mengenainya kepada pihak berkuasa tempatan dalam tempoh
satu tahun selepas kematian itu dalam Borang J dalam Jadual Pertama kepada Akta ini.
- Seksyen 160(6), tiap-tiap orang yang tidak memberi sesuatu notis boleh, apabila disabitkan,
dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih
daripada enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.
Undang-Undang Kecil Yang Digunapakai Oleh Majlis Perbandaran Kulai Di Bawah Akta Kerajaan
Tempatan 1976.Senarai Sedia Ada:
-
Undang-Undang Kecil Pasar-Pasar ( Majlis Daerah Kulai ) 1982 -JPU 8 – 3.10.1985
-
Undang-Undang Kecil Perlesenan, Tred, Perniagaan, Perindustrian dan Profesyen ( Majlis
Daerah Kulai ) - JPU 97 – 16.11.1982
-
Undang-Undang Kecil Penjaja ( Majlis Daerah Kulai ) - JPU 53 – 13.3.1985
-
Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap ( Majlis Daerah
Kulai ) 1985
-
Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran ( Majlis Daerah Kulai ) 1982 - JPU 52 – 13.3.1985
-
Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya ( Majlis Daerah Kulai ) 1990 - JPU 101 – 11.10.1990
-
Undang-Undang Kecil Iklan ( Pindaan ) - JPU 100 – 11.10.1990
-
Undang-Undang Kecil Iklan ( Majlis Daerah Kulai ) - JPU 100 – 11.10.1990
-
Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan ( Majis Daerah Kulai ) 1987 - JPU 9 – 14.5.1989
-
Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan ( Majlis Daerah Kulai ) 1987 - JPU 57
-
Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan ( Majlis Daerah Kulai ) 1987 - JPU 7 –
16.2.1989
-
Perintah Lalulintas ( Peruntukan Tempat-Tempat Letak Kereta ) (Majlis Daerah Kulai ) 1989
- JPU 15 – 14.2.1991 , JPU 15 – 18.7.1990
-
Undang-Undang Kecil Perlesenan Tempat Meletak Kereta Persendirian ( Majlis Daerah Kulai )
1988 - JPU 18 – 7.11.1988
-
Undang-Undang Kecil Taman ( Majlis Daerah Kulai ) 1987 - JPU 13 – 31.1.1991
-
Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing ( Majlis Daerah Kulai ) - JPU 7 – 27.2.1992
-
Undang-Undang Kecil Pasar Malam Sehari ( Majlis Perbandaran Kulai ) 2004 - JPU 18
-
Undang-Undang Kecil Vandalisme ( Majlis Perbandaran Kulai ) 2004 - JPU 17
- Undang-Undang Kecil Tandas Awam ( Majlis Perbandaran Kulai ) 2004 - JPU 16