RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Portal Rakyat

e-Perkhidmatan

Pemohon boleh menyemak senarai yang diperlukan dengan memuatturun borang permohonan.

MUAT TURUN BORANG

Perkhidmatan

SENARAI PELBAGAI INFO CUKAI MAJLIS PERBANDARAN KULAI

SENARAI KADAR SEWAAN MAJLIS PERBANDARAN KULAI

SENARAI VENDOR KUPON TEMPAT LETAK KERETA MAJLIS PERBANDARAN KULAI

Notis Semakan

Notis Bantahan

Notis Senarai Nilaian Baru, Seksyen 141 (Semakan)

.

AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

(AKTA 171)

NOTIS MENGENAI SENARAI NILAIAN BARU

(SEKSYEN 141)

 

Menurut Seksyen 141, Akta Kerajaan Tempatan 1976, maka diberitahu bahawa Majlis Perbandaran Kulai menurut Peruntukan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah menyediakan satu Senarai Nilaian baru terhadap semua pegangan di kawasan Majlis Perbandaran Kulai yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2020 dan Majlis Perbandaran Kulai akan mula menyemak Senarai Nilaian tersebut mulai 9 Disember 2019.

 

Maka itu, mana-mana orang sama ada pemunya atau penduduk atau agen mana-mana orang itu yang pegangannya termasuk dalam Senarai Nilaian tersebut, boleh memeriksa Senarai Nilaian itu di pejabat Majlis Perbandaran Kulai, Jalan Pejabat Kerajaan 81000 Kulai, Johor pada waktu pejabat dan membuat cabutan daripadanya tanpa bayaran.

 

Majlis Perbandaran Kulai telah menghantar notis mengenai Senarai Nilaian baru terhadap semua pegangan di kawasan Majlis Perbandaran Kulai. Sekiranya pemilik pegangan yang belum lagi mendapat notis berkenaan, diharap dapat membuat semakan di Bahagian Penilaian, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Majlis Perbandaran Kulai.

 

 

Bertarikh pada: 30 September 2019

[(MPKu.JPPH.15/3/4; SUKJ.KT.61/35/1E Jld 3 (19)] 

 

                                                                                                 HAJI MOHAMMED SHAKIB BIN HJ ALI

                                                                                                                                         Yang DiPertua

                                                                                                                   Majlis Perbandaran Kulai

Komuniti & Program

LOW CARBON SOCIETY (LCS) adalah masyarakat di mana orang ramai (kebanyakannya) bekerjasama
untuk mengurangkan jumlah pelepasan karbon dioksida dalam sebarang bentuk atau dalam pelbagai aktiviti yang dikeluarkan dari kehidupan seharian dan dari proses pengeluaran kilang atau industri

Manusia adalah sebahagian daripada ekosistem global. Oleh itu, kita perlu mengekalkan dan memulihkan persekitaran semulajadi untuk mencapai LCS dengan memperoleh penyerapan CO2 untuk menyesuaikan diri dengan pemanasan global.Semua sektor meminimumkan pelepasan CO2 mereka, termasuk pengangkutan, industri, kediaman (pengguna), pertanian dan sebagainya.
MPKU logo

MAJLIS PERBANDARAN KULAI
Jalan Pejabat Kerajaan
81000 Kulai
Johor Darul Takzim

Tel: 07-661 3000  |  Faks: 07-663 2407

Email: mpku@mpku.johor.gov.my

Jumlah Pelawat : 11381, Hari ini : 16

Hak Cipta Terpelihara © 2025 | Majlis Perbandaran Kulai
MPKU logo
Pendaftaran : Pelawat

Sila Login untuk ke menu Kakitangan

KULAI FAST LANE INDUSTRIAL BOOSTER

( MALAY )

KULAI FAST LANE INDUSTRIAL BOOSTER

( ENGLISH )

KULAI FAST LANE INDUSTRIAL BOOSTER 2022

PROGRAM PECAH TANAH PROJEK PERINTIS KFL - WIWYNN

Seterusnya
MPKU logo
MPKU logo