RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Profil MPKu

Capaian MPKU

Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan dan diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Sejarah penubuhan MPKu bermula dengan penubuhannya yang diberi nama Majlis Tempatan Kulai, ditubuhkan pada tahun 1950.

Pada tahun 1961, akibat perselisihan faham yang terjadi antara Malaysia dan Indonesia, Majlis Tempatan di seluruh negara telah dibubarkan.  Walaubagaimanapun pada 1 Januari 1976 nama Majlis Tempatan Kulai telah ditukar kepada Majlis Daerah Kulai. Ianya terbentuk daripada gabungan Sembilan (9) buah majlis tempatan iaitu Kulai, Senai, Kelapa Sawit, Seelong, Saleng, Sengkang, Ayer Bemban, Sedenak dan Bukit Batu. Kemudiannya Majlis Daerah Kulai telah dinaik taraf kepada nama Majlis Perbandaran Kulai pada 21 April 2004.

Perihal MPKU
Placeholder Logo

Wawasan

Ke arah perbandaran cemerlang dan sejahtera.

Visi

Ke arah perbandaran cemerlang dan sejahtera.

Placeholder Illustration

Misi

  • Menuju ke arah sebuah pihak berkuasa tempatan yang dinamik dan efisien.
  • Memberikan perkhidmatan asas yang cemerlang dan terbaik.
  • Membuat dan melaksanakan perancangan yang teratur, berkualiti dan holistik.
  • Membina masyarakat penyayang, berilmu, berbudaya dan berdisiplin.
  • Meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk selaras dengan dasar ekonomi negara.
  • Mengawal dan menguatkuasa perundangan serta kualiti alam sekitar.
Placeholder Illustration
Placeholder Illustration

MAHKOTA

Mengambarkan junjung taat setia rakyat Kulai kepada Raja dan Negara

Placeholder Illustration

PERISAI

Melambangkan kekuatan dan muafakat dikalangan Kakitangan MPKu

Placeholder Illustration

PENDOKONG HARIMAU

Penyokong yang memegang perisai pada jata menampilkan dua ekor harimau garang Tempuk dan Dengkis melambangkan kekuatan yang memegang keseluruhan organisasi

Placeholder Illustration

TULISAN JAWI MPKU

Menjelaskan komitmen majlis dalam memartabatkan bangsa dan wawasan negara

Placeholder Illustration

BENDERA DAERAH KULAI

Warna putih pada anak bulan dan bintang menandakan Raja yang Berdaulat. Simbol anak bulan dan bintang menunjukkan lambang Agama Islam yang menjadi agama rasmi Negeri Johor. Bendera rasmi bagi daerah Kulai.

Placeholder Illustration

GERIGI 10 BUCU

Melambangkan 10 daerah negeri Johor dan simbolik pembangunan industri sebagai salah satu penjana ekonomi MPKu

Placeholder Illustration

GUNUNG

Ia merujuk kepada “Gunung Pulai” yang merupakan simbolik kepada pusat pelancongan serta rekreasi bagi daerah Kulai.

Placeholder Illustration

PAPAN LITAR ELEKTRONIK

Ia merujuk kepada Kulai sebagai salah satu Hub ICT di dalam Wilayah Iskandar

Placeholder Illustration

KAPAL TERBANG

Simbolik kepada salah satu Hub Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebagai Pengangkutan Udara di selatan tanah air

Placeholder Illustration

TAHUN PERBANDARAN

Merupakan tahun “Majlis Daerah Kulai” dinaik taraf ke “Majlis Perbandaran Kulai”

Placeholder Illustration

REBEN MPKU

Reben melengkung berwarna biru dan cogan “Majlis Perbandaran Kulai” melambangkan sifat-sifat universal dan globalisasi yang menjadi tunggak pembangunan infrastruktur didalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai.

Objektif

  • Membangunkan Majlis Perbandaran Kulai sebagai pusat kegiatan ekonomi, sosial dan pusat penempatan penduduk yang sempurna dan selesa.
  • Menggalakkan penyertaan bumiputra dalam perniagaan, perdagangan, dan perindustrian.
  • Menyusun semula sosioekonomi penduduk setempat.
  • Menggalak dan memajukan kawasan pinggiran bandar.
  • Membantu menjayakan cita-cita menghapuskan kemiskinan.

DASAR KUALITI MAJLIS PERBANDARAN KULAI :
MPKU KOMITED DALAM
MEMBERI KEMUDAHAN AWAM
DAN PERKHIDMATAN
PERBANDARAN
YANG BERKUALITI BERTARAF
MS ISO 9001 : 2015
BAGI MENJAMIN KEPUASAN PELANGGAN

Carta Organisasi
Placeholder Logo

Wawasan

Ke arah perbandaran cemerlang dan sejahtera.

Visi

Ke arah perbandaran cemerlang dan sejahtera.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN KULAI DENGAN INI MEMBERI KOMITMEN KAMI BAHAWA
Kami bersedia membantu dengan layanan mesra dan segera iaitu mensasarkan waktu menunggu sebelum layanan kaunter diberikan. Kami berusaha untuk membangunkan kemudahan serta persekitaran yang bersih, indah, dan ceria kepada semua. Kami akan melaksanakan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan dengan baik, cekap dan cepat. Kami akan memberi perkhidmatan dalam jangka masa berikut:
1

Aduan & Khidmat Perbandaran

i. Mengambil tindakan / pemantauan bagi:

     -Aduan Awam berstatus SERTA-MERTA (24 JAM)

     -Aduan Awam berstatus SEGERA (6 HARI)

ii. Melaksanakan kerja pencantasan, penebangan pokok merbahaya, pembersihan pokok tumbang atau sekah sebaik sahaja maklumat diterima.
iii. Memastikan perkhidmatan pengurusan sistem pepejal bagi kawasan kediaman / kedai diberikan sebaik sahaja CCC / CFO dikeluarkan.
iv. Memastikan perkhidmatan pembersihan potong rumput dan pembersihan parit diberikan sebaik sahaja CCC/CFO dikeluarkan.
v. Menjalankan operasi kawalan anjing liar 5 kali seminggu.
iv. Menjalankan kerja-kerja kawalan vektor semburan kabus (fogging) dalam tempoh 7 hari selepas menerima aduan.

 

2

Khidmat Penilaian Cukai Harta

Bil cukai harta setengah tahun pertama dan setengah tahun kedua diserahkan pada atau sebelum 15 Januari dan 15 Julai tahun berkenaan.

3

Mengenai Khidmat Pelesenan dan Perniagaan

Notis pembaharuan lesen diserahkan pada akhir tahun atau sebelum 31 Januari setiap tahun.

4

Kami akan memberikan keputusan atas permohonan dalam jangka masa yang ditetapkan dengan syarat dokumen lengkap dikemukakan.

5

Proses Pemajuan Struktur

i. Pelan bagi projek perumahan / kilang / rumah sesebuah     
ii. Ubah tambahan dan pelan pindaan (kurang 500kp)           
iii. Permit sementara (awning, khemah, tutup jalan)              

    (45 hari)
    (30hari)
    (14 hari)
    6

    Proses Pengeluar Lesen-Lesen Haram

    i. Lesen perniagaan, iklan premis tidak berisiko                         
    ii. Lesen perniagaan, iklan premis berisiko


    (1 hari)
    (60 hari)

    7

    Pelbagai proses lesen lain:

    i. Lesen sementara perniagaan                                                  
    ii. Lesen pasar malam                                                                 
    iii. Lesen sementara pasar malam                                               
    iv. Permohonan sewa dan lesen pasar awam                            
    v. Permohonan sewa dan lesen gerai                                        
    vi. Lesen sementara penjaja                                                      
    vii. Lesen EXPO / bazar / musim perayaan / funfair                  
    viii. Lesen anjing                                                                       


          (1 jam)
          (60 hari)
          (21 hari)
          (60 hari)
          (90 hari)
          (14 hari)
          (7 hari)
          (30 minit)

          8

          Proses Pengurusan Nilaian dan Harta Benda

          i. Penyewaan dewan                                                        
          ii. Pindahan milik individu (Borang I dan Borang J)


          (serta-merta / 3 hari)
          (30 hari)

          9

          Proses Perancangan Pembangunan dan Khidmat Setempat

          i. Penyediaan ulasan pertimbangan bagi permohonan kebenaran merancang               
          ii. Kelulusan bagi semua permohonan cadangan pemajuan mengikut piagam yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

          (14 hari)

          Pencapaian Piagam Pelanggan

          Arkib Pencapaian Piagam Pelanggan

          Laporan Prestasi

          LAPORAN PRESTASI PIAGAM PELANGGAN

          MPKU logo

          MAJLIS PERBANDARAN KULAI
          Jalan Pejabat Kerajaan
          81000 Kulai
          Johor Darul Takzim

          Tel: 07-661 3000  |  Faks: 07-663 2407

          Email: mpku@mpku.johor.gov.my

          Jumlah Pelawat : 11360, Hari ini : 7

          Hak Cipta Terpelihara © 2025 | Majlis Perbandaran Kulai
          MPKU logo
          Pendaftaran : Pelawat

          Sila Login untuk ke menu Kakitangan

          KULAI FAST LANE INDUSTRIAL BOOSTER

          ( MALAY )

          KULAI FAST LANE INDUSTRIAL BOOSTER

          ( ENGLISH )

          KULAI FAST LANE INDUSTRIAL BOOSTER 2022

          PROGRAM PECAH TANAH PROJEK PERINTIS KFL - WIWYNN

          Seterusnya
          MPKU logo
          MPKU logo