Lapangan Terbang ini dibuka pada tahun 1974 yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan udara kepada penduduk Johor khususnya di Selatan Negeri Johor. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai merupakan hub bagi Syarikat Penerbangan Air Asia. Kini, Lapangan Terbang ini diuruskan oleh Syarikat korporat Senai Airport Terminal Services (SATS), selepas mengambil alih operasi Lapangan Terbang daripada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) pada tahun 2003
Lapangan Terbang Sultan Ismail atau kini lebih dikenali sebagai Senai Airport ini merupakan lapangan terbang utama dan satu-satunya di negeri Johor yang menawarkan pekhidmatan pengangkutan udara khususnya kepada penduduk- penduduk Selatan Johor bahkan rakyat Singapura. Merupakan pintu masuk antarabangsa di Selatan Semenanjung Malaysia yang turut menawarkan penerbangan domestik dan antarabangsa.
Merupakan lapangan terbang kelima tersibuk di Malaysia Senai Airport City ataupun juga dikenali sebagai Bandar Logistik Lapangan Terbang Senai terletak bersebelahan dengan Bangunan Terminal Utama yang mempunyai keluasan seluas 1,133 hektar dan mempunyai tiga (3) buah komponen iaitu Pusat Perdagangan Lapangan Terbang, Pusat Logistik Penerbangan Kargo dan Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Senai (Senai High Technology Industrial Park). Terdapat konsep “Aero Mall” di Terminal Senai Airport dan dibuka secara rasmi pada Julai 2010. Aero Mall merupakan pusat membeli belah terletak di dalam Terminal Lapangan Terbang.
Terletak secara strategiknya di Iskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan menjadi salah satu hab penerbangan utama di Malaysia pada masa akan datang. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bercadang untuk meningkatkan pelaburan sebanyak RM 1 bilion selepas beberapa tahun lagi untuk menaiktaraf pesawat di lapangan terbang dan kemudahan kargo seperti pusat kargo yang baru dan meningkatkan ruang bagi perniagaan runcit lapangan terbang.
Teksi Airport
Pengangkutan bas awam
MAJLIS PERBANDARAN KULAI
Jalan Pejabat
Kerajaan
81000 Kulai
Johor Darul Takzim
Tel: 07-661 3000 | Faks: 07-663 2407
Email: mpku@mpku.johor.gov.my
Jumlah Pelawat : 11415, Hari ini : 32